Ibu Bekerja Sambil Belajar

Salam cinta semua,

Hari ini nak cerita pasal hari Ahad yang lepas. Setiap Ahad dua minggu sekali saya akan menghabiskan masa selama hampir 12 jam di UiTM Seksyen 17.Bila tiba hari Ahad yang ada kelas, mesti akan ada macam2 perasaan. Penat, ngantuk, bosan, semua ada.Itula dugaan belajar bagi wanita yang bekerjaya dan juga seorang isteri serta ibu kepada Ilham Yusuf. Itula cinta hati saya yang comel. Ibu sayang ilham dan baba!!!

Berbalik kepada cerita belajar, saya mula belajar pada September 2013. Sekarang semester kedua.
Masih mentah lagi dalam dunia EPJJ. Namun, itula dunia saya kini. Dunia buku-buku, assignment, dan projek. Aku budak sekolah!!Hehehehe...

Untuk pengetahuan semua, EPJJ ni sangatla mencabar terutama bagi wanita yang telah bekeluarga seperti ibu Ilham ni. Macam-macam dugaan saya hadapi. Kekangan waktu adalah rating paling tinggi cabaran dalam dunia pelajar jarak jauh kerana perlu meluangkan masa bersama anak dan suami, ibu bapa, keluarga mentua, komitmen di tempat kerja, tugas sebagai suri di rumah, semua itu adalah cabaran untuk saya. Ibu-ibu yang lain pun sama kan? Kita adalah apa yang kita inginkan. Maka dengan penuh semangat saya nekad berjuang.!!!Demi kerana ilmu saya gagahi jua.

Episod cerita belajar akan disambung nanti...
Sekiranya ada pertanyaan berkenaan belajar, silakan semua bertanya di sini.Insyaallah saya akan jawab.

Comments

  1. Subhanallah, Alhamdulillah, semoga setiap usaha kita dengan niat kerana Allah. Allah akan membalas dan mempermudahkan.

    ReplyDelete
  2. tq kak rokiah sebab support saya dan kongsi sesuatu yang terbaik saya rasa setakat ni,Dulu pernah ada blog, jual popia gulung.Tapi tak menjadi...Hope lepas ni blog ni sentiasa meriah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts