Total Pageviews

Friday, 13 May 2016

Sekian lama tidak menulis.....


Salam sayang untuk cinta hati di muka buku,


Telah lama rasanya tidak mencoret satu dua kata di blog ini.Sungguh kekangan masa amat mencemburui saya dalam seharian. Selama tidak menulis ini pelbagai rencah hidup yang telah saya lalui. Paling menyedihkan lagi pada tahun ini keluarga kami diselubungi kesedihan dengan pemergian arwah ibu mentua pada tanggal 16 Februari yang lepas. Kini menuju 100 hari pemergiannya, keluarga terutama suami amat merasai kehilangan ibunya yang meninggal di HUKM, Cheras.

Namun bak kata orang kehidupan terpaksa diteruskan jua. Yang pergi tetap pergi, dan takkan kembali lagi. Kita yang hidup harus meneruskan sisa-sisa hidup di Bumi Allah ini. Dunia hanya pinjaman yang kekal abadi akhirat jua. Dunia tempat berjuang untuk menghadapi ujian, dan hanya yang kuat takkan tertewas.

Sekian lama menyepi bukan bermakna terus melupakan dunia penulisan di sini. Namun, kekuatan perlu dicari. Terasa rindu akan blog, maka hari ini, di pagi Jumaat yang mulia rasa ingin menulis membuak-buak.Mencuri sedikit ruang pagi di pejabat untuk meluah rasa kerinduan akan blog ini.

Sungguh rindu!


7.47 pagi @ Menara Prisma, Putrajaya.