Posts

JAMU NENEK FIT I KAPSUL

Image
KHASIAT JAMU NENEK FIT I KAPSUL
üMerawat masalah SEMBELIT dan BUASIR üMenyingkirkan LEMAK, racun, toksik, air, ANGIN dan lendir yang tidak diingini dalam badan üKulit lebih BERSIH, BEBAS JERAWAT dan jeragat üMembantu melawaskan pembuangan air besar (MELEMBUTKAN najis), melancarkan sistem PENGHADAMAN üMELANCARKAN pembuangan air kecil üMerawat KENCING KOTOR, kencing tidak lawas üMembantu meningkatkan METABOLISMA üBadan lebih CERGAS dan RINGAN üMENGEMPISKAN perut dengan selamat üMenyingkirkan LEMAK tak diingini di seluruh badan

JAMU NENEK RAPAT PLUS

Image
KHASIAT JAMU NENEK RAPAT PLUS
üMerawat SENGGUGUT dan menstabilkan KITARAN HAID üMerawat KEPUTIHAN, bau kurang enak & kegatalan di bahagian intim wanita. üMenaikkan SERI MUKA dan AWET MUDA. üMENCANTIKKAN bentuk badan dan MEMEJALKAN aset wanita. üMENGETATKAN otot faraj. üMengembalikan keintiman bersama pasangan. üMembantu mendapatkan ZURIAT üMemperbanyakkan SUSU IBU. üMencantikkan KULIT. üMELANCARKAN peredaran darah. üBadan lebih ringan dan bertenaga. Postage RM8sm/RM10ss
Nak order wasap 013-4173618

Lama Tak Bersua...

Ya Allah rasa bersarang sangat blog..bila tengok kali terakhir kemaskini blog ini tahun lepas...teringin nak menulis. Sungguh waktu itu pantas dan kini penghujung 2017 menjelma..Masyaallah jangka waktu setahun itu pelbagai cerita penuh suka duka yang telah dilalui..Dan Ilham pun dah ada adik..So Amazing!!! Masya Allah..Kali ni tampil nak buat "comeback" supaya blog ini dapat menjana pendapatan apatah lagi saya kini telah menelusuri perjalanan pelajar tahun akhir E-PJJ. Tak terkata rasanya..dengan dulu anak sorang kini anak dua belum menemui penamat pengajian yang dimulakan pada 2013. TAPI!! Permulaan 2018 nanti insy Allah dengan izin Nya saya bakal menamatkan pengajian itu. Tolong doakan yaaa..Sebuah perjalanan yang jauh, sebuah pengorbanan yang tidak ternilai....Alhamudillah. Stay tune ya ...



Salam sayang
Niza
7.25pagi @ 4Dis2017

Sekian lama tidak menulis.....

Salam sayang untuk cinta hati di muka buku,


Telah lama rasanya tidak mencoret satu dua kata di blog ini.Sungguh kekangan masa amat mencemburui saya dalam seharian. Selama tidak menulis ini pelbagai rencah hidup yang telah saya lalui. Paling menyedihkan lagi pada tahun ini keluarga kami diselubungi kesedihan dengan pemergian arwah ibu mentua pada tanggal 16 Februari yang lepas. Kini menuju 100 hari pemergiannya, keluarga terutama suami amat merasai kehilangan ibunya yang meninggal di HUKM, Cheras.

Namun bak kata orang kehidupan terpaksa diteruskan jua. Yang pergi tetap pergi, dan takkan kembali lagi. Kita yang hidup harus meneruskan sisa-sisa hidup di Bumi Allah ini. Dunia hanya pinjaman yang kekal abadi akhirat jua. Dunia tempat berjuang untuk menghadapi ujian, dan hanya yang kuat takkan tertewas.

Sekian lama menyepi bukan bermakna terus melupakan dunia penulisan di sini. Namun, kekuatan perlu dicari. Terasa rindu akan blog, maka hari ini, di pagi Jumaat yang mulia rasa ingin menulis…

Perginya Biduanita Negara: Datuk Sharifah Aini

Assalamualaikum,
Salam Ramadhan Kareem...


Pagi ini terasa kedinginan...jam 5 pagi terjaga dek deringan jam telefon suami berbunyi untuk mengejutkan kami bersahur. Sebelum bangun, saya membuka telefon untuk melihat panggilan atau Whatsapp kawan-kawan sepengajian kerana telah tidur awal pada malam tadi.

Dup...jantung berdegup...terlihat tajuk salah satu akhbar online negara "Datuk Sharifah Aini meninggal dunia". Terasa bagai tidak percaya, saya terus lagi mencari maklumat di akhbar lain untuk mengesahkan sama ada berita ini benar atau tidak. Lagi dan lagi bagai terus menerus para rakan muka buku mengemaskini status masing-masing mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah.

Lantas bangun dan menyandar di sisi suami untuk memberitahu bahawa perginya biduanita negara itu. Suami dengan keadaan mamai terus mengucap 'Masyaallah,innalillah...'

Jujur, kami bukan dilahirkan bersama beliau, bahkan bukan kenalan rapat atau sedara mara sekalipun. Tetapi dialah biduanita neg…

Minggu Akhir Seminar di Semester Ke-2

Assalamualaikum,

Semalam minggu terakhir untuk menghadiri kelas pada semester ini. Rasa cepat masa berlalu, kini musim peperiksaan semakin hampir. Begitulah kehidupan kami pelajar PJJ. Minggu ini habis kelas, minggu depan sudah ada peperiksaan akhir. Tapi ini yang ditunggu-tunggu oleh kami sebenarnya.

Masa cuti semeter adalah masa untuk bersama keluarga. Cuti ini walaupun rasa sekejap tapi amat bermakna.
Semalam seperti biasa, Ilham dan baba akan menunggu ibu di surau UiTM sementara ibu tamat kelas pada pukul 12.30 tengahari. Rasa lega kerana kelas telah habis dan kini tumpuan untuk menelaah pelajaran pula.

Semoga semester ini saya mendapat keputusan yang terbaik. Selamat tinggal semester 2.
Semeter 3, mu tunggu aku datang...hikhikhik...

Serunding

Image
Assalamualaikum semua,

Syaaban kian meninggalkan kita, Ramadhan melambai-lambai...
Tak sabar rasanya nak berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya.
Moga tahun ini, kita diberi peluang untuk menyambutnya bersama orang yang tersayang.
Saya jual serunding...macam-macam.
Nak order boleh pm di facebook...
https://www.facebook.com/pages/Kedai-Online-Serbaneka/272278876285122?ref_type=bookmark
atau
Wasap di no:013-4173618